Monday, 21 May 2012

BERHENTI MEMBELI BELAH.MULAKAN KEHIDUPAN


 Pada zaman dasar langit terbuka,setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.Begitu juga masalah yang akan memeningkan kepala setiap orang yang mempunyai tanggungan iaitu 'pitih'. 'Pitih' juga membawa maksud wang.



          Seantero dunia memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan pada masa kini berbanding zaman dahulu yang menggunakan sistem barter.Kita haruslah seiring dengan zaman yang kita lalui.Jika kita hendak membeli kereta yang bernilai ratusan ribu ringgit,mustahil untuk kita membawa wang sebanyak itu untuk dibayar kepada penjual tersebut.Realitinya kita akan menggunakan cek atau pun kad kredit.
  

         Hakikatnya,kad kredit hanyalah sekeping kad yang jika dipijak oleh Renee Toney(sila lihat gambar di sebelah) pasti akan hancur.Secara ringkasnya, kad kredit itulah yang akan menghancurkan kehidupan anda.Sekiranya masyarakat kita masih ralit dan mudah digoda jualan-jualan murah dan diskaun-diskaun hebat yang 'hebak' harganya , masyarakat kita akan 'hebak' di jalanan sebagai seorang pengemis yang sudah disenaraihitamkan namanya di bank.

sumber : http://laman-seri.blogspot.com

         Statistik menunjukkan bahawa ramai dari kalangan kita yang muflis akibat perbelanjaan yang tidak dikawal.Seharusnya kita perlu sedar bahawa sikap boros yang diamalkan perlu dihentikan segera.Sila baca cerita di bawah dan ambil iktibar dari kisah ini.



        Nama saya Ramlah Shopper.Gelaran itu diberikan kerana saya suka sangat berbelanja walaupun duit saya sudah habis saya tetap akan berhutang.Apa yang penting saya nak cerita saya ini suatu masa dahulu saya suka sangat berbelanja tetapi sejak saya dah ditinggalkan keluarga saya menyesal.Apa yang terjadi semuanya takdir tuhan tetapi saya akui saya memang boros.Teman lelaki saya sudah tinggalkan saya.Dia jahat..dia jahat !!Tak sukalah saya dia kejam.Bila saya susah dia tinggalkan saya.Tidak mengapa saya dah ada kekasih baru.Berkenalan di muka buku.Eh.kawan-kawan tidak tahu ke 'muka buku' itu apa? Cuba kita tanya Najwa Latif.Sekejap ya.Tidak perlulah saya rasa.Dengar sahaja dekat radio nanti adalah itu lagu Cinta Muka Buku.Rasa macam nak cerita sikit fasal percintaan saya tapi nanti dah lari topik pula jadi dengar sahaja di youtube.Ya,kawan-kawan.Secara ikhtisarnya,saya menyesal kerana berbelanja berlebihan.Semoga anda terhibur dengan Kisah cinta saya ini.

------------------>Kisah cinta aku dan dia




         Anda sudah baca kisah di atas? Lihatlah betapa Kak Ramlah kita ini memang suka merepek.Lain hari saya panggil tetamu yang lain pula datang ke Villa saya ini.Jadi saya akan berkongsi sedikit tip-tip kepada Kak Ramlah bagaimana hendak mengurangkan perbelanjaan harian beliau dan juga anda di luar sana yang mengalami  masalah yang sama dengan Ramlah Shopper ini.


  1. Gunakan satu sahaja kad kredit dan potong kad-kad yang lain 
  2. Segera menyimpan sejumlah wang di bank simpanan anda setelah gaji masuk
  3. Jika anda pelajar sekolah , simpanlah sedikit wang belanja yang diberi di dalam tabung.Pastikan tabung anda tidak boleh buka dan tutup sesuka hati bagi mengelakkan anda mengeluarkan wang anda.Gunakan tabung ayam atau itik seperti gambar di sebelah.
  4. Menggunakan barangan yang menjimatkan elektrik
  5. Jangan selalu makan di luar.Sebolehnya bawa bekal daripada rumah.
  6. Sebelum membeli apa-apa barangan fikir sama ada anda benar-benar mahukannya atau tidak.
             TAKAT NI JA NOHH..